Khidmat guru kontrak yang akan tamat Jun depan kini dalam perhatian – Radzi

0
28
MOHD. RADZI MD. JIDIN

CYBERJAYA – Khidmat guru kontrak perkhidmatan (COS) ambilan Jun 2020 yang akan tamat pada Jun depan kini dalam perhatian Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin.

Kata Mohd. Radzi dalam satu paparan di laman Facebook miliknya, kegusaran itu yang dimuat naik di ruangan komen akaun media sosialnya baru-baru ini, diberi perhatian dan diselesaikan segera.

“Saya telah arahkan supaya perkara ini diberi perhatian dan diselesaikan segera.

“KPM (Kementerian Pendidikan) dan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) sedang mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa,” katanya.

Beliau berkata pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat selepas proses berkenaan selesai.

Katanya KPM prihatin mengenai perkara yang dibangkitkan masyarakat tentang pendidikan dan komited untuk melakukan yang terbaik demi kesejahteraan pendidikan generasi pewaris negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here