KoBPM buka cawangan baharu Ar-Rahnu X’Change di Sungai Pelek

0
152
Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Zazali Haron (tengah) merasmikan pembukaan cawangan kedua perniagaan Ar-Rahnu X’Change di Sungai Pelek di sini hari ini.

SEPANG – Koperasi Bank Pertanian Malaysia (KoBPM) membuka cawangan kedua perniagaan Ar-Rahnu X’Change yang bukan sahaja untuk ahli koperasi tersebut tetapi juga untuk orang ramai di Sungai Pelek di sini hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rakyat Management Services (RMS), Yusniha Jamaladin, pembukaan cawangan baharu itu adalah sebagai tanggungjawab koperasi untuk menyediakan alternatif perkhidmatan mikro kredit tunai segera patuh syariah

“Bukan itu sahaja, KoBPM turut menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran jenama Ar-Rahnu X’Change ini kepada masyarakat berbilang kaum di sini,” katanya dalam sidang media di sini.

Yang hadir, sama Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Zazali Haron; Pengerusi KoBPM, Zainul Kamar Mohd Zain, Lembaga Pengarah Rakyat Management Services (RMS), Azizah Harun dan Pengerusi RMS, Datuk Rosni Sohar.

Dalam pada itu, katanya, sehingga 30 April lalu semua rangkaian Ar-Rahnu X’Change mencatatkan pencapaian pengeluaran pembiayaan terkumpul berjumlah RM372 juta dengan baki pembiayaan sebanyak RM605 juta.

“Prestasi semasa membuktikan jenama produk pembiayaan mikro ini menjadi pilihan pelanggan dalam memenuhi segala keperluan tunai segera selain turut menjadi alternatif kepada sumber modal perniagaan mereka,” katanya.

Sementara itu, katanya, KoBPM juga berhasrat untuk menambah lagi cawangan Ar-Rahnu X’Change miliknya dengan mengenal pasti beberapa kawasan pasaran baharu yang berpotensi berdasarkan prestasi semasa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here