Lelaki maut kereta terbabas langgar penghadang jalan

0
42

CYBERJAYA – Seorang lelaki berusia 29 tahun maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar besi penghadang jalan di KM37.9 Persiaran Utama menghala ke Puchong, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dari arah Cyberjaya menghala ke Puchong untuk pulang ke rumah.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai terbabas lalu melanggar besi penghadang jalan di antara jalan susur keluar ke Putrajaya dan jalan arah ke Puchong,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Mangsa yang tersepit dalam kenderaan tersebut berjaya dikeluarkan dengan bantuan pohak bomba.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here