Malakat Mall ambil pendekatan dakwah berbeza anjur Hari Rock Negara 

0
54
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim (kiri) bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan merasmikan Hari Rock Negara di Malakat Mall hari ini

CYBERJAYA – Pusat beli belah, Malakat Mall mengambil pendekatan yang bebeza dalam perjuangan untuk memartabatkan ekonomi umat Islam dengan menganjurkan Hari Rock Negara yang diadakan di sini hari ini.

Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, pendekatan yang diambil itu adalah bertujuan untuk memberikan ruang kepada orang ramai untuk bersama-sama berniaga di Malakat Mall.

“Kami mengambil pendekatan yang pasar ini adalah pasar milik semua orang, khusus untuk berikan ruang dan peluang berniaga dan seterusnya berjaya di dunia dan akhirat,” katanya ketika perasmian Hari Rock Negara.

Yang hadir sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Dalam pada itu, Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, orang ramai perlu berhenti menilai rupa paras seseorang sebaliknya menggesa orang ramai agar mengajak kepada kebaikan.

“Bukan kerja kita ingin menilai orang tetapi untuk mengajak orang untuk buat kebaikan kerana tidak sempurna iman seseorang sekiranya dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri

“Apa ingat orang rock tak Islam ke? Rock di Malaysia nampak sahaja ganas tapi bila mereka menyanyi kita pun boleh nangis,” katanya.

Orang ramai yang hadir ke menyaksikan perasmian Hari Rock Negara di Malakat Mall hari ini

Sementara itu, Coach Fadzil mengingatkan
di samping berhibur, semua pihak juga perlu untuk menjaga iman dan tidak meninggalkan suruhan Allah.

“Nak jamming kita benarkan tiada masalah tapi bila azan kita solat untuk menjaga iman dan masuk ke dalam syurga,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada mereka yang hadir pada hari ini dan mengajak orang ramai untuk datang ke Malakat Mall esok bagi memeriahkan lagi hari kedua karnival rock berkenaan.

Sesi open jamming yang diadakan di Malakat Mall sempena Hari Rock Negara hari ini

Antara aktiviti yang menarik pada hari kedua adalah penampilan kumpulan XPDC, pertandingan battle of the band, jualan barangan muzik dan bermacam-macam lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here