Malakat Mall sediakan ayam kampung sebagai alternatif ketiadaan bekalan ayam biasa

0
35
Mohd. Fadzil Hashim

CYBERJAYA – Pasar raya Malakat Grocer milik Malakat Mall di sini menyediakan stok bekalan ayam kampung sebagai alternatif ketiadaan bekalan ayam segar dari ladang.

Menurut Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim, buat masa ini pihaknya turut menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan ayam segar.

“Stok ayam biasa memang dah tak ada. Ayam kampung ada lah boleh supply lagi,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, satu tindakan segera perlu diambil bagi menangani isu kekurangan stok bekalan makanan itu.

Bekalan ayam sejuk beku

Sehubungan itu, Coach Fadzil berkata, pihaknya akan mengusahakan proses mengimport ayam dari Turkeye sebagai penyelesaian masalah berkenaan.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan ‘Selangor tiada ayam’ yang memetik sumber dari Pasar Borong Selangor.

Berita itu yang dianggap sebagai khabar angin pada mulanya bagaimanapun disahkan oleh Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS) yang mendakwa tiada pengeluaran ayam dari ladang esok disebabkan ribuan anak ayam mati akibat sakit.

Pengerusi PPANS, Idrus Zainal Abidin berkata, permasalahan tersebut menyebabkan timbul masalah terhadap bekalan ayam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here