Malaysia gesa Amerika guna pengaruh selesaikan isu Palestin – Israel 

0
39
Teks ucapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dibacakan oleh Penasihat Kehormat Jawatankuasa Induk Program, Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

SEPANG –  Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk menggunakan pengaruhnya bagi menyelesaikan isu di Palestin.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang membangkitkan isu itu secara jelas dan serius terhadap kekejaman dilakukan oleh rejim Israel.

“Malaysia seharusnya tidak takut untuk memainkan peranan sebagai negara Islam khususnya dalam pembebasan Al-Aqsa

“Dunia telah menutup mata terhadap penderitaan Palestin selama berdekad lamanya.

“Banyak resolusi telah diluluskan oleh Pertubuhan Bangs-Bangsa Bersatu (PBB) tapi penganiaan terhadap rakyat Palestin tetap berterusan.

“Oleh itu, saya mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk turut bangkit mengecam kekejaman zionis terhadap rakyat Palestin” katanya ketika berucap sempena Sidang Kemuncak Ulama Islam yang diadakan di Pusat Konvensyen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Penasihat Kehormat Jawatankuasa Induk Program, Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Yang hadir sama, Pengerusi Yayasan MyAqsa, Suwardi Yaacob; Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), Syeikh Ahmed Raissouni; Presiden Global Coalition to Support Al-Quds, Sheikh Hammam Said dan Pengerusi Jawatankuasa Muslim Scholars Summit 2022, Datuk Khairuddin Razali.

Dalam pada itu katanya, komitmen yang lebih tinggi dalam rangka perpaduan perlu diwujudkan agar umat Islam di negara ini akan lebih mendekati akan isu al-Aqsa.

“Saya berharap persidangan ini akan membuahkan hasil untuk ummah dan negara-negara Islam,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here