Mansuh khidmat polis pengiring – Ahli Parlimen Bukit Mertajam 

0
49
Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

CYBERJAYA – “Sudah tiba masanya kita mansuhkan khidmat outrider polis kepada menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat,” itulah saranan daripada Ahli Parlimen Bukit Mertajam susulan tular video anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak Ahli Parlimen.

Steven Sim dalam satu kenyataan hari ini berkata, khidmat polis pengiring kepada menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat sebagai satu pembaziran terhadap tenaga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sudah tiba masanya kita mansuhkan khidmat outrider polis kepada menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat.

“Menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat, jauh lagi kaum kerabat mereka, semuanya bukan raja,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Selain itu, beliau yang juga Setiausaha Organisasi DAP berkata, tanpa mengira pihak mana yang menjadi kerajaan, khidmat polis pengiring kepada wakil rakyat itu perlu dimansuhkan.

“You nak kejar masa, you keluar awal, kalau tak, you selesaikan masalah kesesakan lalu lintas supaya semua pengguna jalan raya boleh sampai ke destinasi dengan selesa, tak perlu outrider,” katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 20 saat di laman sosial Facebook, kelihatan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh anak seorang Ahli Parlimen di jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here