McDonald’s umum keluar dari pasaran Rusia

0
22

MOSCOW – Pengendali restoren makanan segera McDonald’s mengumumkan penjualan semua asetnya di Rusia dan keluar dari pasaran negara itu.

Laporan Reuters menyebut, syarikat itu yang mempunyai seramai 62,000 kakitangan di seluruh Rusia sudahpun menghentikan operasi 850 restorennya pada Mac lalu.

Langkah tersebut dilihat sebagai satu tanda protes terhadap operasi ketenteraan Rusia di Ukraine.

Terdahulu, pembuat kereta Perancis, Renault, sudah menyerahkan aset mereka kepada kerajaan.

“Selepas 30 tahun beroperasi di negara ini, McDonald’s Corporation akan keluar dari pasaran Rusia dan menjual perniagaannya.

“Tindakan ini diambil setelah mengambil kira krisis kemanusiaan di Ukraine dan keadaan ekonomi yang tidak menentu (di Rusia),” kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan, hari ini.

Kata kenyataan itu lagi, mereka sedang mencari pembeli yang sedia membeli keseluruhan perniagaannya di negara itu.

Bagaimanapun, kata McDonald’s, pemilik baharu rangkaian restoren tersebut tidak akan dibenarkan menggunakan jenama, logo dan menu syarikatnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here