Mekanik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan bunuh isteri sehari sebelum raya

0
68
Tertuduh yang didakwa membunuh isterinya dibawa ke mahkamah dengan diiringi polis. Kredit foto tangkap layar video Buletin Utama

KAJANG – Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Cheras sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Mohd Syawalludin Ismail, 38, didakwa membunuh Siti Nadirah Mohd Nazul, 28, di sebuah rumah di Taman Koperasi Maju Jaya, Jalan Maju Jaya 5, Cheras antara 12 tengah malam hingga 3.30 pagi, 1 Mei lalu, memetik laporan Harian Metro.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mohd Syawalludin mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain dan tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 6 Mei lalu, negara dikejutkan dengan kematian seorang wanita ketika seluruh negara sedang menyambut hari raya akibat dipukul suaminya.

Ia dipercayai kerana wanita itu memuat naik di media sosial bahawa lelaki itu mempunyai hubungan sulit, dalam kejadian di sebuah rumah flat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here