Mengimbau memori solat di Tanah Suci

0
35
Barisan produk The Prayer Mat yang menawarkan pelbagai tema dan corak.

MEMPUNYAI sejadah yang berkualiti bukanlah penentu solat yang sempurna. Namun jika sebidang alas tempat bersujud dapat memberikan pengalaman lebih baik ketika bersolat, sudah tentu ia wajar dimiliki.

Lebih bermakna lagi apabila rupa dan reka bentuknya dapat mengimbau memori ketika bersolat di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Menyedari kecintaan dan kerinduan umat Islam di negara ini kepada Tanah Suci, sebuah syarikat tempatan, The Prayer Mat Sdn. Bhd, tampil memasarkan sejadah dengan rekaan bertemakan kesenian Madinah dan Mekah.

Pengasas dan Pengarah, Dr. Siti Norwahida Shukeri berkata, berbeza dengan kebanyakan sejadah yang ada di pasaran, produk The Prayer Mat dihasilkan dari kilang yang sama menghasilkan permaidani di kedua-dua masjid di Tanah Suci.

“The Prayer Mat adalah sejadah permaidani berkualiti tinggi dengan jutaan titik cucukan benang yang menghasilkan corak-corak eksklusif.

“Bukan sekadar sejadah, kehalusan dan ketelitian pada produk ini menjadikan ia ‘teman peribadi’ yang cukup istimewa dan selesa untuk beribadat.

“Paling ‘mahal’ adalah reka bentuk yang pasti akan mengamit memori ketika berada di Tanah Suci,” katanya kepada Malakat Tribune, baru-baru ini.

Outlet The Prayer Mat di Aman Central Alor Setar Kedah pada 23 April 2022 yang lalu.

Dr Siti Norwahida berkata, bermula dengan mengambil tempahan sejadah Raudhah untuk rakan-rakannya secara dalam talian, sambutan yang baik mencetuskan idea perniagaan kepada beliau.

Selepas hampir dua tahun bertapak, operasi syarikat yang dibantu suami, Wan Mohd Khairy Adly Wan Zaimi, terus berkembang dengan sasaran jualan sebanyak RM7 juta pada tahun ini.

Beliau berkata, The Prayer Mat mendapat sambutan menggalakkan sejak daripada mula diperkenalkan terutama dalam kalangan pelanggan yang mahukan sesuatu yang eksklusif atau menjadikannya sebagai hadiah.

“Koleksi Madinah bertemakan unsur Raudhah, ruang saf paling depan di Masjid Nabawi. Koleksi Mekah lebih kepada seni bina Kabbah dan Masjidilharam.

“Semua sejadah ini didatangkan dengan tiga saiz iaitu mini, medium dan standard dengan tiga ketebalan iaitu 4 milimeter (mm), 6mm dan 8 mm,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu lagi.

Barisan pengurusan operasi dan jualan The Prayer Mat.

Mengenai harga sejadah yang dihasilkan di kilang MADA Carpet di Madinah itu, Siti Norwahida berkata, sebagai pengedar eksklusif di Malaysia, pihaknya menawarkan harga yang tidak jauh berbeza dengan pembelian di Tanah Suci.

“Terbaharu kami baru sahaja membawa masuk tiga kontena sejadah untuk memenuhi permintaan tempatan,” ujarnya yang kini memiliki 1,000 ejen di seluruh Malaysia.

Sementara itu, Siti Norwahida bercadang menampilkan reka bentuk masjid-masjid di Malaysia dalam barisan sejadah terbaharunya sebagai usaha membawa identiti Malaysia ke persada global.

Sejadah permaidani The Prayer Mat yang menawarkan keselesaan kepada pengguna.

Selain sejadah, syarikat yang berpangkalan di Changlun, Kedah ini turut memasarkan beberapa produk yang sinonim dengan Tanah Suci seperti minyak wangi dan kurma berkualiti tinggi.

Maklumat lanjut mengenai produk ini boleh dibuat dari laman www.theprayermatmalaysia.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here