Najib sekali lagi cabar Kit Siang berdebat

0
14
Tuduhan oleh Lim Kit Siang terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar Lim Kit Siang berdebat selepas veteran politik DAP itu didakwa mengaitkannya dengan pelbagai isu dengan terkini melibatkan pilihan raya Filipina.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, beliau juga hairan apabila Kit Siang yang mengumumkan bersara daripada politik terus membuat hasutan.

“Kononya dah bersara tapi tiap-tiap hari ratib Najib, Najib, Najib, Malaysia bakal gagal dan menghasut/menipu Rakyat. Pilihan raya di Filipina pun dia mahu kaitkan dengan saya.

“Sekiranya bukan bersara, mau debat? Hari itu saya debat Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam Bahasa Malaysia tapi bagi uncle saya tawar untuk debat kamu dalam Bahasa Inggeris,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Najib berkata, jika debat itu berlangsung antara soalan yang akan ditanya ialah melibatkan kematian mengejut saksi utama kes kontroversi Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan beberapa tuduhan melibatkan pembunuhan terhadapnya.

“Banyak yang saya nak tanya hang seperti kenapa kamu meroyan lebih 10 tahun tentang kematian Teoh Beng Hock yang jatuh bangunan tapi kamu sepatah haram tidak pernah sebut tentang kematian mengejut saksi utama kes Terowong yang juga jatuh bangunan sebulan sebelum mendiang dijadualkan memberi keterangan dalam mahkamah.

“Kenapa kamu sekian lama nak tuduh dan kaitkan saya dengan pembunuhan beberapa orang tetapi selepas PRU14 kamu pulak kata kamu tak pernah tuduh saya?

“Kenapa kamu kata Malaysia bakal bankrap/gagal sejak 60 tahun lalu dari permulaan karier politik sehingga kononnya kamu bersara tetapi Malaysia belum bankrap/gagal lagi,” katanya.

Untuk rekod Najib pernah mengajak Kit Siang berdebat pada 2019 bagaimanapun sebelum debat itu berlangsung Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mengambil keputusan untuk tidak meneruskan debat itu dengan menyenaraikan 10 alasan menolak debat itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here