Nepal: Pasukan mencari temukan bangkai pesawat, mayat penumpang

0
16
Pasukan penyelamat sedang melakukan operasi mengeluarkan mayat penumpang dari bangkai kapal terbang yang ditemukan.

KATHMANDU – Pasukan mencari berjaya menemukan bangkai pesawat ringan Twin Otter yang sebelum ini dlaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke bandar Jomsom, semalam.

Laporan Reuters menyatakan, bangkai pesawat itu ditemukan bertaburan di lereng bukit berhampiran Sanosware di daerah Mustang.

Setakat ini, pihak penyelamat sudah menemukan 14 mayat di lokasi nahas, dan masih meneruskan mencari baki lapan lagi mangsa yang masih hilang.

Pesawat yang dioperasikan oleh Tara Air itu terputus hubungan dengan menara lapangan terbang pada hari Ahad ketika terbang di kawasan gaung dan puncak gunung.

Berdasarkan manifest penumpang, empat warga India dan dua Jerman berada dalam pesawat berkenaan, manakala para anak kapal dan penumpang lain adalah warga Nepal.

Menurut data penjejakan dari portal flightradar24.com, pesawat berusia itu berlepas dari Pokhara pada pukul 9.55 pagi (04:10 GMT) dan menghantar isyarat terakhirnya pada pukul 10.07 pagi (04:22 GMT) ketika berada pada ketinggian 12,825 kaki (3,900 meter).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here