Nepal: Pesawat bawa 22 penumpang, anak kapal dilaporkan hilang

0
13
GAMBAR HIASAN

KATHMANDU – Sebuah pesawat Twin Otter membawa 19 penumpang dan tiga anak kapal dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Nepal, hari ini.

Laporan Al Jazeera menyebut, pesawat yang dioperasikan oleh Tara Airlines itu sedang dalam perjalanan dari bandar Pokhara menuju ke Jomsom.

Menara kawalan memberitahu, pesawat tersebut terputus hububgan sejurus berlepas.

Sementara itu, pihak berkuasa dalam satu kenyataan ringkas memberitahu, operasi mencari sedang dilaksanakan.

Jurucakap kerajaan Phanindra Mani Pokharel berkata, dua buah helikopter telah digerakkan dalam operasi mencari namun setakat ini keadaan cuaca tidak mengizinkan.

“Keadaan cuaca tidak berapa baik, dengan jarak penglihatan yang amat buruk,” jelas Pokharel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here