Pasangan suami isteri direman bantu siasatan kematian kanak-kanak 8 tahun

0
11

IPOH – Sepasang suami isteri hari ini dijatuhkan perintah reman tujuh hari ini bagi membantu siasatan ke atas kematian anak saudara mereka berusia lapan tahun.

Pasangan yang masing-masing berusia 40 tahun itu direman bagi membolehkan siasatan dijalankan setelah bedah siasat ke atas mangsa mendapati, punca kematiannya adalah disebabkan kecederaan tumpul berbilang.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Anis Hanini Abdullah yang membenarkan permohonan polis di Mahkamah Majistret Ipoh.

Semalam, media melaporkan pasangan itu ditahan susulan laporan polis dibuat pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh pada 3.14 pagi.

Polis berkata, berdasarkan laporan, kanak-kanak perempuan itu dibawa ke hospital oleh ambulans, namun disahkan meninggal dunia pada 1.45 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here