Pasukan mencari temukan mangsa terakhir nahas Tara Airlines

0
6
Keadaan lokasi nahas di kawasan pergunungan di daerah Mustang, Nepal.

KATHMANDU – Mayat terakhir mangsa tragedi pesawat penumpang Tara Airlines telah ditemukan pagi Selasa, menjadikan kesemua 22 mangsa nahas tersebut berjaya ditemukan, menurut Tentera Nepal.

Agensi Xinhua dalam laporannya menyebut, perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap tentera menerusi ciapannya di akaun Twitter, hari ini.

“Jasad terakhir telah ditemukan. Sedang menguruskan untuk membawa 12 mayat terakhir dari lokasi nahas ke Kathmandu,” kata Brigadier Jeneral Narayan Silwal, yang mengetuai usaha mencari dan menyelamat.

Siasatan awal mendapati, keadaan cuaca buruk menyebabkan pesawat Twin Otter itu terhempas di kawasan berbukit di daerah Mustang, Nepal, tetapi siasatan penuh tragedi berkenaan akan dilakukan pasukan penyiasat, jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal, Deo Chandra Lal Karn.

Pesawat Tara Airlines tersebut didapati terputus hubungan dan hilang daripada radar sejurus berlepas dari bandar Pokhara, Nepal menuju ke Jomsom di daerah Mustang.

Seramai 19 penumpang, termasuk 13 warga Nepal, empat warga India dan dua warga Jerman berada di dalam penerbangan itu bersama tiga anak kapal.

Tentera Nepal menemukan lokasi nahas termasuk 21 mayat pada pagi Isnin, dengan 10 mayat dikeluarkan dari lokasi nahas ke Kathmandu pada hari yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here