Pelakon, memoribilia Rock 4 sambut pengunjung Hari Rock Negara

0
55
Mohd. Khalid Amen.

CYBERJAYA – Pengunjung Hari Rock Negara di Malakat Mall di sini turut dihadiahkan dengan kemunculan istimewa barisan pelakon Rock 4: Rockers Never Dai yang turut hadir bagi memeriahkan karnival itu, hari ini.

Dibawakan khas menerusi kerjasama dengan Enjit Semut Productions, antara yang hadir termasuk Sharwani NS, Adam John Dan Bunga Terry yang tidak jemu melayan peminat mereka.

Salah seorang pengunjung Hari Rock Negara tidak melepaskan peluang bergambar bersama pelakon Rock 4 iaitu Adam John (kiri) dan Sharwani NS (tiga, kiri).

Selain pelakon, turut hadir, anak pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid iaitu Mohd. Khalid Amen.

Beliau berkata, pihaknya amat berbangga kerana turut dijemput menghadiri Hari Rock Negara dan menggunakan peluang ini untuk bertemu para peminat naskhah allahyarham bapanya dengan lebih dekat lagi.

“Semua ini kita bawakan khas buat para peminat rock amnya, dan peminat filem tersebut secara khusus,” jelasnya yang mesra dipanggil Amen.

Kata Amen, pengunjung karnival akan dapat melihat dengan lebih jelas memoribilia yang dibawa khusus pada kali ini terutamanya prop yang mereka gunakan seaktu penggambaran.

“Pengalaman ini amat unik, jarang didapati di mana-mana tempat lain.

“Oleh itu saya ingin mengajak semua peminat filem Rock dan juga peminat genre muzik ini supaya dapat hadir memeriahkan lagi karnival ini,” kata Amen lagi.

Hari Rock Negara yang berlangsung selama dua hari, menampilkan pelbagai pengisian antaranya forum, klinik bermain alatan muzik, Battle of the Band dan juga peluang bertemu dengan lagenda rock negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here