Pemantauan Monkeypox pada MySejahtera bermula esok

0
45
gambar hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan akan memasukkan pemantaun wabak Monkeypox atau cacar monyet yang sedang menular di beberapa negara termasuk Singapura ke dalam aplikasi Mysejahtera bermula esok.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kemas kini terbaharu pada aplikasi pemantauan kesihatan itu bertujuan memberi amaran sekiranya berlaku jangkitan wabak berkenaan.

Beliau berkata, pengembara yang tiba dari negara endemik monkeypox atau dari negara yang melaporkan kes monkeypox perlu mengisi borang pra-pelepasan dalam aplikasi MySejahtera.

“Mereka akan menerima Health Alert tersebut setiap hari selama 21 hari sebagai peringatan untuk membuat pemantauan kesihatan kendiri.

“Kementerian Kesihatan (KKM) juga menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di negara endemik monkeypox atau di negara yang melaporkan kes monkeypox, untuk mengelakkan aktiviti yang boleh menyebabkan jangkitan monkeypox.

“Pengembara yang bergejala dan berkemungkinan dijangkiti virus monkeypox juga sebaiknya menunda perjalanannya ke luar negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Khairy menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan menunjukkan gejala
dijangkiti monkeypox dinasihatkan segera membuat pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran.

Singapura semalam melaporkan jangkitan kes pertama Monekypox membabitkan seorang rakyat Nigeria yang tiba ke negara itu pada 28 April lalu.

Kes berkemungkinan mendapat jangkitan penyakit itu dalam satu majlis perkahwinan.

Pandemik yang dipercayai berasal dari kawasan Afrika Tengah dan Afrika Barat itu mengakibatkan antaranya ruam, demam, sakit sendi dan menggigil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here