Penang FC pecat jurulatih Tomas Trucha 

0
259
Kenyataan media yang dikeluarkan Penang FC di Facebook rasmi kelab itu.

CYBERJAYA – Penang Football Club (Penang FC) memecat pengendalinya, Tomas Trucha susulan prestasi hambar yang dipamerkan kelab itu sejak saingan Liga Super Malaysia membuka tirai Mac lalu.

Penang FC dalam satu kenyataan di Facebook hari ini berkata, kelab itu mengucapkan penghargaan kepada khidmat yang diberikan jurulatih itu sehingga membawa kelab berkenaan menduduki tangga ketiga dalam saingan Liga Super musim lepas.

“Kami mengaharapkan yang terbaik untuk Jurulatih Tomas Trucha pada masa akan datang”, katanya.

Terdahulu, selepas enam perlawanan liga, Penang FC hanya mencatatkan keputusan tiga seri dan tiga kekalahan yang menyebabkan mereka menduduki tangga tercorot dalam liga setakat ini.

Dalam pada itu, dalam satu ciapan Facebook yang lain, Penang FC juga telah mengumumkan pembantu jurulatihnya, Manzoor Wahid telah menggantikan Tomas sebagai ketua jurulatih baharu.

“Di bawah pimpinan jurulatih Manzoor Wahid yang diberi tanggungjawab besar untuk menggalas tugas memicu dan memacu kebangkitan semula Penang FC,” katanya.

Kemelut dalaman yang sedang membelenggu kelab itu sememangnya menghadirkan perasaan gusar kepada penyokong setianya.

Baik daripada isu pengurusan, kelemahan taktikal hinggalah jurulatih, belum ada tanda-tanda isu itu akan diselesaikan dalam masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here