Pendidikan digital: Kesan optimum hanya dicapai jika ekosistem pendidikan bergerak bersama

0
6
Mohd. Radzi ketika melakukan tinjauan ke Bexleyheath Academy di UK seperti yang dikongsikan dalam satu catatan di laman Facebook miliknya, hari ini.

CYBERJAYA – Impak yang optimum dalam pendidikan digital hanya boleh dicapai sekiranya keseluruhan ekosistem pendidikan negara bergerak ke arah perubahan.

Sehubungan itu, lawatan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin ke United Kingdom (UK) adalah bagi meninjau kejayaan yang telah mereka capai dalam mewujudkan ekosistem sedemikian.

Radzi hari ini berkongsikan pengalamannya meninjau ke Bexleyheath Academy, salah sebuah daripada 57 buah sekolah di bawah Academies Enterprise Trust (AET).

“Pengetua Bexleyheath Academy telah berkongsi bagaimana transformasi sekolah ke arah pendidikan digital dilaksanakan.

“Kami juga sempat berjumpa dengan pelajar yang berkongsi pengalaman dan cabaran mereka dalam fasa perubahan mengikuti pendidikan secara digital,” kata Radzi dalam satu paparan di laman Facebook miliknya.

Katanya, tinjauan mendapti, kejayaan transformasi pendidikan sekolah tersebut melibatkan komitmen yang tinggi daripada seluruh warga sekolah.

“Pentadbir dan guru memainkan peranan penting dalam penyediaan kurikulum serta menerajui penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran.

“Begitu juga dengan penglibatan AET membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek, termasuk pengukuhan tenaga pengajar,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here