Penerbangan Kuala Lumpur ke Uzbekistan

0
24
Samarkhand yang merupakan salah satu lokasi tinggalan sejarah Islam yang popular di Uzbekistan

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia tidak lama lagi berpeluang untuk menikmati penerbangan terus antara Kuala Lumpur-Tashkent (Uzbekistan) bermula Julai ini.

Pengumuman mengenai perkara itu diputuskan dalam majlis menandatangan perjanjian di antara Malaysia Airlines dan Osmon Aero di Kedutaan Uzbekistan di Malaysia di sini, pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif Osmon Aero, Anastasiya Arushanova memberitahu Bernama bahawa perkhidmatan penerbangan sewa khas akan bermula dari 9 Julai.

“Penerbangan sewa khas itu dikendalikan Osmon Aero,” katanya selepas majlis pelancaran di Kedutaan Uzbekistan di Malaysia.

Beliau berkata, ada satu penerbangan untuk setiap 10 hari sehingga Oktober.

“Malaysia Airlines akan mengendalikan penerbangan terus itu. Pelancaran penerbangan terus ini memainkan peranan besar dalam memperbaharu hubungan rapat negara dan rakyat antara dua benua,” katanya.

Turut hadir, Duta Uzbekistan ke Malaysia, Ravshan Usmanov. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here