Penyudah tumpul, Malaysia sekadar seri menentang Kemboja

0
11
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Skuad B-23 menamatkan saingan peringkat kumpulan sukan SEA Hanoi 2021 dengan lapan mata selepas terikat 2-2 dengan Kemboja di Stadium Thien Truong, Nam Dinh sebentar tadi.

Malaysia berjaya menguasai hampir keseluruhan babak pertama namun masih  gagal menembusi benteng gol pihak lawan walaupun dihidangkan dengan beberapa peluang keemasan.

Sebaliknya Kemboja berjaya mendahului pasukan negara hasil jaringan sepakan penalti oleh Choun Chanchav pada penghujung masa pertama.

Dalam pada itu, Malaysia akhirnya berjaya menyamakan kedudukan juga hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Hadi Fayyadh pada minit ke-51.

Keghairahan pasukan negara dalam mencari gol kemenangan telah dihukum Kemboja selepas serangan pantas Kemboja dan penjaga gol, Azri Abdul Ghani, sekali lagi dibolosi pada minit ke-61 gara-gara penyudah Sa Ty.

Penyerang Azul Claro Numazu, Hadi Fayyadh, sekali lagi menjadi wira selepas menyamakan kedudukan pada minit ke-68 hasil hantaran pendek penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin dan kedudukan 2-2 kekal sehingga wisel penamat.

Malaysia bakal menentang Indonesia sekiranya kekal sebagai juara Kumpulan B, namun, sekiranya perkara sebaliknya berlaku, Harimau Malaya perlu menumbangkan pasukan tuan rumah, Vietnam, untuk ke pusingan akhir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here