Perabot dari Eropah setanding dengan kualiti dikedai jenama terkenal kini dijual di Malakat Mall

0
73
Antara jenis dan rekaan sofa yang diimport dari dalam negara.

CYBERJAYA – Bila sebut sahaja mengenai perabot pasti ramai yang mengimpikan untuk memiliki perabot yang dibuat di Eropah namun pasti ramai yang tidak menyangka kebanyakan perabot yang diimport dari benua itu dihasilkan di Turkey.

Bagi memberi peluang kepada pelanggan di Malaysia yang meminati reka bentuk perabot dari Eropah, Malakat Mall dengan kerjasama Hause yang merupakan kedai perabot baharu di gedung beli belah itu bakal menawarkan produk tersebut dengan harga mampu milik dan jauh lebih murah berbanding kedai perabot lain.

Menurut pengasas Hause, Munira Ismail, apa yang membuatkan perabot daripada Turkey ini sangat bagus adalah dari segi saiz, ciri-ciri, kualiti dan bahan perabot itu sendiri adalah haruslah menepati piawaian ketat Kesatuan Eropah.

“Turkey tidak pernah mengeksport perabot mereka ke rantau Asia yang mana kebanyakkan perabot mereka dieksport ke Eropah dan kami merupakan antara yang pertama mengimport perabot dari negara itu.

“Dari sudut keunikan pula, perabot Turkey ini dilengkapi dengan mekanisme yang mempunyai ruangan khas untuk menyimpan pelbagai jenis barang,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Istanbul Sofa Bed yang diimport dari Turkiye mempunyai ruang simpan di bawah

Mengulas lanjut, katanya, sejak awal minggu ini produk dari negara itu sudah tiba secara berperingkat di Malakat Mall di sini.

Dalam pada itu katanya, selain daripada menjual perabot, mereka juga menyediakan khidmat pertukangan secara tempah khas seperti almari, kabinet dapur dan kabinet televisyen.

Antara rekaan rak kabinet dan dapur .

“Pelanggan boleh memilih sendiri bentuk dan ukuran perabot yang mereka mahukan dan pihak Hause akan mencadangkan konsep yang sesuai dengan keluasan rumah.

“Kalau mereka nak konsep Inggeris, farmhouse atau modern kami akan cuba tunaikan dengan memberikan gambaran tiga dimensi dengan menggunakan perisian khas.

“Bagi menjaga kualiti perabot dan yang ditempah khas, pihak Hause juga menyediakan servis selepas pemasangan sebagai jaminan untuk menjaga mutu produk mereka,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai harga kabinet yang ditawarkan, dia berkata, harga bagi kabinet televisyen yang ditempah khas bermula dari RM2,800 dan ke atas bergantung kepada lebar dan panjang kabinet itu.

“Promosi raya juga masih berjalan bagi Istanbul Sofa Bed dengan harga yang ditawarkan adalah RM2,800 berbanding RM3,290 bagi harga asal,” katanya.

Sementara itu, sebarang tempahan dan butir pembelian boleh dilakukan melalui laman sesawang https://hause.my/product/kingston-sofa/?utm_source=IGShopping&utm_medium=Social atau berkunjung ke Hause, Malakat Mall di sini yang dibuka pada setiap hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here