Perjanjian GPT: Jangan serah negara kepada “Global Elite” – gesa PPIM 

0
161
Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyerahkan memorandum bantahan terhadap Perjanjian Pandemik Antarabangsa (GPT) yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di bangunan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini

PUTRAJAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan memorandum bantahan terhadap Perjanjian Pandemik Antarabangsa (GPT) yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di bangunan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Menurut Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan, kerajaan seharusnya mengkaji dan menjelaskan apakah kebaikan GPT kepada rakyat sekiranya kerajaan Malaysia mengiktiraf perjanjian itu.

“Kenapa kita nak serah diri kita kepada agenda orang lain? Kerajaan perlu memberitahu rakyat apa kebaikan GPT ini kalau kita ikut cakap dia seumpama kita sudah menyerah diri dan kedaulatan kita.

“Tiada sebab untuk kita berikan sekuriti kita kepada satu badan kerana itu seumpama kita menyerahkan negara kepada orang lain.

“Kalau dulu Jepun serang kita pertahankan negara kalau sekarang kita pula yang menyerahkan negara kepada “Global Elite” yang mempunyai pelbagai agenda yang kita tidak ketahui,” katanya dalam sidang media selepas menghantar memorandum itu hari ini.

Mengulas lanjut mengenai jumlah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat menyokong memorandum ini, beliau berkata sebanyak 1,000 NGO yang membantah perjanjian itu.

“Orang ramai juga perlu mengkaji semula akan International Health Regulation (IHR) ini agar dapat menentukan apakah pendirian mereka terhadap isu ini,” katanya.

Sebelum, WHO dalam satu kenyataan berkata, Perhimpunan Majlis Kesihatan Sedunia telah bersetuju untuk memulakan proses global bagi merangka dan merunding satu konvensyen atau perjanjian antarabangsa.

Perjanjian itu adalah di bawah Perlembagaan WHO dengan alasan untuk mengukuhkan langkah pencegahan, kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap pandemik Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here