Pernah digelar gila, Coach Fadzil kini berjaya buka 110 kampus pendidikan di 5 negara

0
30
Kampus utama Brainy Bunch di Cyberjaya.
Kampus utama Brainy Bunch di Cyberjaya.

CYBERJAYA – “Dulu orang kata saya gila sebab nak bina sekolah yang tiada exam dan ada juga yang tak percaya sebab saya bukan seorang guru,” itulah antara kata-kata yang dilemparkan kepada Pengasas Brainy Bunch International Islamic Montessori School Cyberjaya (BBISC), Mohd Fadzil Hashim.

Beliau yang juga merupakan Pengasas Malakat Mall, berkata kejayaan Brainy Bunch hari ini adalah disebabkan sokongan yang tidak berbelan bahagi daripada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa berkenaan.

“Saya banyak dapat mesej daripada ibu bapa yang ramai mendoakan kami dan saya ingin tunjukan bangunan BBISC, ini adalah hasil sokongan daripada ibu bapa.

“Dulu kita semua terpaksa sewa dewan, padang tapi sekarang semua aktiviti boleh diadakan di sini tanpa perlu menyewa dengan orang lain.

“Mana-mana orang yang nak guna fasiliti di sini atas asbab perjuangan agama, bangsa dan negara InsyaAllah boleh guna fasiliti di sini dengan percuma,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, BBISC bermula dengan tadika yang diberi nama Cahayaku Gemilang, kira-kira 10 tahun lalu.

Beliau berkata, selepas 10 tahun, kini Brainy Bunch telah berjaya membuka 110 kampus di lima buah negara seperti Singapura, Indonesia, Brunei dan Palestin.

Selain itu, katanya, cawangan ketiga sekolah Brainy Bunch International Islamic Montessori School Kuala Lumpur (BBISKL) dijangka beroperasi dengan skala penuh pada bulan Jun tahun ini.

Beliau berkata, bangunan itu yang diambil alih daripada ISKL dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, padang yang luas, auditorium dan lain-lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here