
BEIJING – Sebuah kapal terbang penumpang dilaporkan terbakar sejurus tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chongqing Jiangbei di China, pagi tadi.
Saluran televisyen CCTV menyebut, kejadian itu berlaku ketika pesawat itu sedang mahu berlepas.

“Pesawat itu yang dijadualkan berlepas ke Lhasa, Tibet terbakar selepas tergelincir ketika mahu berlepas,” kata laporan tersebut.
Difahamkan, pesawat Airbus SE A319 yang dikendalikan oleh Tibet Airlines itu membawa 113 penumpang dan sembilan anak kapal ketika kejadian.
Setakat ini kesemua mangsa yang terlibat dilaporkan selamat dengan beberapa mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan.