Piala Asia: India belasah Indonesia 16-0, Malaysia layak ke kejohanan Piala Dunia Hoki

0
130
Pasukan Malaysia berjaya langkah ke kejohanan Piala Dunia selepas India menewaskan Indonesia 16-0.

CYBERJAYA – Pasukan hoki negara berjaya melangkah ke kejohanan Piala Dunia selepas India membelasah Indonesia 16-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan sebentar tadi.

Kemenangan besar India terhadap pasukan tuan rumah itu melayakkan pasukan di tangga kelima dunia itu ke peringkat empat terbaik.

Terdahulu Malaysia mengesahkan tempat ke peringkat empat terbaik selepas menewaskan Bangladesh 8-1 petang tadi.

Pakistan tewas 3-2 kepada Jepun sebentar tadi

Turut layak bersama Malaysia ialah Korea Selatan yang berada di tempat kedua kumpulan.

Satu lagi pasukan yang layak ke peringkat empat terbaik ialah Jepun yang menewaskan Pakistan 3-2.

Pakistan yang sebelum ini terikat 1-1 dengan India dan menewaskan Indonesia 13-0 terpaksa berharap India gagal menang dengan jaringan 16 gol ke atas Indonesia.

India berjaya membelasah Indonesia 16-0 untuk layak ke peringkat 4 terbaik

Bagaimanapun dengan kemenangan besar itu melayakkan India ke peringkat empat terbaik walaupun telah melayakkan diri ke Piala Dunia selaku tuan rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here