Piala Thomas: India catat sejarah rangkul kejuaraan buat kali pertama

0
184
SRIKANTH KIDAMBI

BANGKOK – Pasukan badminton lelaki India berjaya mencipta sensasi apabila menamatkan penantian selama 73 tahun untuk memenangi kejohanan berprestij Piala Thomas dengan menumbangkan juara bertahan Indonesia 3-0, sebentar tadi.

India yang menewaskan Malaysia di peringkat suku akhir memulakan langkah kanan apabila pemain perseorangan utamanya, Lakshya Sen berjaya menumbangkan lawannya, Anthony Sinisuka Ginting dengan keputusan 8-21, 21-17 dan 21-16.

Rentak kemenangan itu diteruskan oleh beregu utama India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang berjaya menundukkan pasangan beregu Muhammad Ahsan-Kevin Sanjaya Sukamuljo dengan keputusan 18-21, 23-21, 21-19.

Harapan Indonesia untuk bangkit dalam perlawanan ketiga musnah apabila pemain perseorangan keduanya, Jonatan Christie tewas mudah dengan dua set kepada ketua pasukan India, Srikanth Kidambi.

Kidambi berjaya menamatkan penantian selama 73 tahun India dengan mencatatkan kemenangan 21-51 dan 23-21.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here