Poster jemputan ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Laman Sari Kompleks Seri Perdana, Ahad ini

CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjemput seluruh Keluarga Malaysia berkunjung ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Laman Sari Kompleks Seri Perdana, Ahad ini.

Menurut Perdana Menteri, majlis tersebut akan diadakan bermula 10 pagi.

“Kita berkumpul dan bersama-sama meraikan Aidilfitri sebagai sebuah keluarga besar, Keluarga Malaysia.

“Seluruh Keluarga Malaysia dijemput hadir bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

“Insya-Allah banyak juadah enak disajikan, untuk Keluarga Malaysia yang tersayang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here