PM Ismail Sabri bertemu Presiden Biden, pemimpin ASEAN di White House

0
26
Ismail Sabri Yaakob

WASHINGTON – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini (Jumaat) bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bersama-sama pemimpin ASEAN di White House.

Pertemuan pemimpin AS dengan pemimpin ASEAN selama dua hari itu diadakan sempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS yang masuk kali kedua di negara itu.

Pertemuan kali pertama berlangsung pada 2016 yang dihoskan oleh bekas Presiden negara kuasa dunia itu, Barack Obama.

Memetik laporan Bernama, Biden pada Oktober tahun lalu mengumumkan pelaburan AS102 juta (RM409 juta) dalam inisiatifnya mengembangkan penglibatan dengan ASEAN.

Bersempena persidangan itu, pemimpin-pemimpin ASEAN juga mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat utama seperti Microsoft, Google, Tesla, Boeing, IBM, Texas Instruments, GE Aviation, Conoco Phillips, Ford, National Instruments, Infineon, Micron dan Insulet.

Ismail Sabri tiba di AS dalam lawatan kerja selama empat hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here