Polis buka siastan kes kemalangan melibatkan polis pengiring, orang awam

0
38
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengesahkan kejadian kemalangan melibatkan kenderaan polis sedang mengiringi orang kenamaan di hadapan Pavilion pada 14 Mei lalu.

Menurut Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Polis (ACP) Sarifudin Salleh, satu siasatan telah dijalankan
selepas kedua-dua pemandu kenderaan yang terlibat telah tampil membuat laporan polis.

“Kejadian tebabit telah berlaku pada jam 11 malam, 14 Mei dan meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian tersebut untuk hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi tujuan membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat juga boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu tular satu video berdurasi 1 minit 45 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @maricasren, @kekyaa memaparkan pengadu yang terlibat dalam satu kemalangan yang dipercayai melibatkan kenderaan polis pengiring orang kenamaan di hadapan Pavilion, Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here