Polis kesan pemandu Myvi acu kayu 

0
55
Kereta Myvi yang terlibat dengan kes memandu secara merbahaya dan sedang diburu polis

CYBERJAYA – Polis sedang mengesan pemandu Myvi berwarna putih yang memandu secara berbahaya dan telah mengacu kayu ke arah pemandu lain di Jalan MRR2 berhampiran Taman Layang-Layang, dekat sini semalam

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Polis (ACP) Beh Eng Lai, pemandu Myvi terbabit memandu secara berbahaya dan dengan sengaja membrek kenderaannya sehingga menyebabkan kereta di belakang berlanggar.

“Pemandu Myvi terbabit juga mengacu kayu dan telah menjerit-jerit ke arah pengadu selepas keretanya dihon beberapa kali.

“Pihak polis kini sedang berusaha untuk mengesan suspek dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah.

“Sabit kesalahan pemandu terbabit boleh dipenjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, polis juga menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang agar keselamatan dan keamanan akan sentiasa terjamin.

Terdahulu tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan sebuah kereta Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa India yang memandu secara merbahaya dan telah mengacu kayu ke arah pemandu lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here