Polis nafi berat sebelah dalam kes pergaduhan nasi kandar 

0
162
Seorang lelaki berang apabila makanannya tidak setimpal dengan harga yang perlu dibayar olehnya.

SEREMBAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan ada unsur berat sebelah dalam menyelesaikan kes pergaduhan yang berlaku di sebuah restoran nasi kandar di Bahau, Negeri Sembilan semalam

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook, pihak polis bakal mengambil tindakan mengikut prosedur ditetapkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

“Kejadian pergaduhan itu kira-kira 1 pagi itu berlaku selepas juruwang restoran itu didakwa meninggikan suara kepada wanita terbabit yang mempertikaikan harga makanan sehingga menyebabkan
anak lelakinya berasa berang dan membaling kotak tisu ke arah juruwang.

“Seorang pekerja yang melihat kejadian berkenaan terus menumbuk lelaki itu sebelum dileraikan pekerja lain dan pelanggan berada di situ.

“Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan yang tular di laman sosial Twitter itu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dengan segera,” katanya dalam dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga meminta pelanggan dan orang awam yang berada
dalam restoran tersebut tampil untuk membantu siasatan selain dan turut menasihat orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 1 minit 41 saat di Twitter memaparkan insiden pergaduhan di restoran terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here