Polis siasat tawaran penjualan data rakyat Malaysia

0
15
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dakwaan wujudnya tawaran penjualan data rakyat Malaysia yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Kamaruddin Md Din, mengesahkan pihaknya menerima satu laporan berkaitan isu itu.

“Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan kesahihan dakwaan yang dibuat,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu itu.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri akan memanggil dan menyiasat individu yang terlibat menularkan isu penjualan 22.5 juta data peribadi rakyat Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, bagaimanapun mengesahkan data peribadi yang dikatakan itu bukan milik JPN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here