Produk dilabel makanan ikan berisi daging babi

0
183
Maqis

GEORGETOWN – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang baru-baru ini berjaya mengesan kegiatan membawa masuk produk daging babi yang dilabel sebagai produk makanan berasaskan ikan dari China.

Dalam pemeriksaan rutin itu, Maqis merampas 20,736 tin produk yang diisi dalam 864 kotak berlabel sebagai produk ikan.

Pengarahnya, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, produk yang dibawa masuk oleh syarikat berpangkalan di Pulau Pinang itu dianggarkan bernilai RM326,592.

“Pemeriksaan lanjut di Jabatan Kimia mendapati, syarikat pengimport tersebut telah mengimport kira-kira tujuh tan produk dari China itu adalah daging babi, bukannya isi ikan.

“Kita mendapati syarikat itu cuba mengaburi mata pihak berkuasa, namun gagal apabila kita berjaya menghidu kegiatan tersebut.

“Kesemua produk berkenaan disita kerana menggunakan maklumat palsu dan mengelirukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhammad Ikram berkata, berikutan itu pihaknya telah mengenakan kompaun sebanyak RM60,000 kepada syarikat pengimport tersebut mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here