Promosi ikan, udang dan sotong pada harga RM1 seekor dijual di Malakat Grocer mulai esok

0
16
Gambar fail. Pelanggan membeli barangan basah di Malakat Grocer, Malakat Mall Cyberjaya

CYBERJAYA – Pasar raya Malakat Grocer menawarkan promosi istimewa untuk ikan, udang dan sotong pada harga RM1 seekor mulai esok sehingga Ahad ini.

Menurutnya dalam satu kenyataan, promosi itu turut ditawarkan di semua enam rangkaian pasar raya itu.

“Ikan, udang, sotong hanya RM1 seekor, tetapi kali ini bukan hanya di outlet Cyberjaya tapi di semua outlet Malakat Grocer.

“Promosi ini akan bermula esok sehingga Ahad ini,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook Malakat Mall hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, dengan setiap pembelian bernilai RM100, setiap pelanggan akan berpeluang untuk mendapat diskaun RM10.

Selain itu katanya, sepanjang hujung minggu ini, terdapat program istimewa iaitu Rock Festival menanti pengunjung.

Antara kumpulan rock terkenal yang akan hadir ialah Search Band, XPDC, Datuk Nash, Iklim dan ramai lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here