
CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco menawarkan kelas bimbingan pelaburan emas secara percuma kepada orang ramai yang berminat untuk menambah pendapatan melalui kelas secara bersemuka di Malakat Mall di sini.
Presiden Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim berkata, kelas bimbingan yang diadakan pada setiap hari Rabu (bermula 9 malam) dan Sabtu (8 pagi) itu disediakan untuk mereka yang ingin mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai pelaburan emas, Quantum Metal.
Katanya, ekoran sambutan yang amat menggalakkan, beliau menerima maklum balas daripada orang ramai untuk menghadiri kelas secara bersemuka berbanding sesi secara online.
“Kami jemput orang ramai untuk datang dengar sahaja peluang ini kerana ini adalah peluang terbaik untuk kita menyelamatkan duit dari inflasi. Datang dengar dan keputusan di tangan anda.
“Peluang yang menawarkan pendapatan sampingan ini insya-Allah akan menjadi sumber pendapatan pasif yang menguntungkan,” katanya kepada Malakat Tribune.
Mohd Fadzil berkata, bagi mereka yang masih kabur mengenai konsep pelaburan yang memerlukan modal serendah RM1,500 itu, pihaknya sentiasa menyediakan sokongan dalam persekitaran yang selesa di Malakat Mall.
“Kami sediakan tempat (restoran) yang selesa dan luas di pusat beli belah kami. Orang ramai boleh datang untuk dengar sambil bersarapan pagi atau makan malam.
“Pada mereka yang sudah mendaftar tapi masih kurang berkeyakinan untuk mengajar kawan-kawan, boleh juga bawa mereka datang ke sini untuk sama-sama kita bantu dan sama-sama dapat pendapatan.
“Tanpa perlu menjual atau simpan apa-apa stok, kita hanya perlu memberi kefahaman kepada orang menyertai program ini,” katanya.
Bukan itu sahaja, Mohd. Fadzil juga menawarkan peluang kepada orang ramai yang sudah mendaftar dalam program itu untuk mengambil peluang berada di Malakat Mall untuk merekruit ahli baru dalam kalangan pengunjung.
“Konsep kami di Malakat Mall adalah pasar raya ini milik semua. Jadi anda boleh datang dan manfaatkan peluang yang ada di sini,” katanya.