Quantum Metal: Selamat ke melabur kat sini?

0
3934
Pelaburan emas yang memberi pulangan lebih menguntungkan dan kurang risiko.

CYBERJAYA – Skim pelaburan emas Quantum Metal (QM) yang semakin popular di negara ini mempunyai reputasi perniagaan yang telah lama diperakui oleh institusi perbankan utama termasuk Bank Negara.

Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, antara soalan yang sering diajukan kepada beliau mengenai QM adalah sejauh mana keselamatan simpanan dan pelaburan dalam skim tersebut.

“Penglibatan Kumpulan Malakat Eco dalam pelaburan QM yang bermula sejak tahun lalu tidak mungkin berlaku tanpa penelitian dan kajian mendalam terhadap risiko yang mungkin ada.

“Selepas ‘menyiasat’ latar belakang syarikat ini, kami tidak menemui sebarang keraguan sebaliknya bertambah yakin dan kini kami mahu berkongsi kelebihannya kepada orang ramai,” kata beliau.

Mohd Fadzil berkata, bersandarkan keyakinan itu, sejak beberapa bulan lalu syarikatnya berjaya menukarkan perbelanjaan syarikat yang berjumlah kira-kira RM4 juta sebulan kepada (nilai) pelaburan emas dan meraih keuntungan darinya.

“Dahulu kos belanja dan operasi syarikat ‘hangus’ begitu sahaja tapi dengan QM kami boleh melabur dahulu sebelum membelanjakan kos berkenaan.

“Bayangkan kelebihan ini jika anda seorang pemilik perniagaan seperti saya. Sebagai individu, anda juga boleh melakukan perkara yang sama,” katanya.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim

Keyakinan beliau kepada syarikat pembekalan emas kepada bank-bank utama di negara ini juga bersandarkan barisan pengurusan syarikat yang bereputasi tinggi.

“Misalnya QM diterajui Pengerusi yang merupakan bekas Pengarah Bank Negara yang dahulu terlibat dalam bahagian pencegahan skim cepat kaya. Satu track record yang cukup baik.

“Salah seorang ahli lembaga pengarahnya juga adalah bekas orang kuat Suruhanjaya Sekuriti.

“Kita juga telah melihat kenyataan kenyataan daripada bank yang mengesahkan QM syarikat yang boleh dipercayai bahkan telah lama menjadi pemain dalam pembekalan emas,” katanya.

Selain itu, Mohd Fadzil berkata, QM menawarkan skim pelaburan patuh Syariah yang disah dan diperakui oleh panel dan badan berkaitan agama di negara ini.

Ditanya dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan QM sebagai skim cepat kaya (MLM), beliau menafi dan menganggap tohmahan itu datang dari mereka yang masih kurang kefahaman mengenai pelaburan itu.

“QM sama macam institusi pelaburan seperti unit amanah dan lain-lain. Ia lebih kepada pelaburan yang menyediakan perkongsian keuntungan.

“Bukan MLM sebab tak perlu pun jual beli barang, cuma kita ajak orang melabur dengan cara mendidik dan mengajar apa kebaikannya.

“Memang ada tahap-tahap tangga dalam penyertaan tapi ini syarat biasa dalam skim sekarang tapi ia akan berbalik kepada prestasi dan nilai pelaburan.

“Pendek kata kita labir sama macam kita simpan duit dalam bank,” ujar beliau.

Tambah Mohd Fadzil, hasil daripada pelaburan syarikatnya dalam QM, pihaknya telah berjaya meraih keuntungan dan mengembangkan perniagaan baharu sepanjang PKP yang lalu.

“Satu daripadanya adalah kita berjaya beli sebuah hotel di Istanbul, Turki.

“Saya juga berjaya bantu kakitangan yang bergaji rendah membeli emas setiap bulan dengan duit gaji mereka yang mana semua ini tak mungkin berlaku sebelum ini.

“Jadi saya rasa ini manfaat yang patut dikongsi dengan semua org,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here