
SHAH ALAM – Program Uniti Bersama Harimau Muda anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Astro Awani disambut meriah dengan kehadiran hampir 200 penyokong bola sepak menyaksikan perlawanan sukan SEA Malaysia menentang Vietnam di sini malam tadi.
Antara pengisian utama program ini adalah menononton perlawanan bola sepak, cabutan bertuah serta makan dan minum secara percuma di Restoran Hakim Seksyen 7 Shah Alam.

Menurut, Menteri Perpadun Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, program ini merupakan salah satu pelan kementerian untuk menyemarakan Program Muafakat pelan Kami Keluarga Malaysia.
“Bila kita berbicara mengenai sukan, sukan merupakan satu instrumen untuk menyatukan masyarakat tanpa mengira kaum di bawah satu bumbung yang sama.
“Tadi kita lihat ada yang Melayu, Cina, India baik yang dewasa mahupun kanak-kanak duduk bersama dalam satu meja yang sama untuk memberikan sokongan kepada pasukan negara kita
“Program Muafakat Kami Keluarga Malaysia juga sudah dimulakan dan saya akan turun ke beberapa buah negeri seperti Sabah,Terengganu dan beberapa buah negeri lain.
“Agenda perpaduan ini bukan sahaja akan kami lakukan di peringakat negeri malah kami juga akan lakukan di peringkat daerah,” katanya dalam satu temu bual malam tadi.
Mengulas lanjut mengenai program semumpama ini diadakan di masa hadapan beliau berkata, akan mengadakannya sekali lagi menjelang aksi pertemuan Malaysia menentang Indonesia untuk penentuan pingat gangsa.
“Kita akan bincang semula, lokasi hari ini adalah pilihan kita dan mungkin selepas ini Astro Awani yang akan tentukan yang mana lokasinya mungkin juga di sekitar Shah Alam,” katanya

Dalam pada itu, beliau juga katanya, merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini dan berharap kerjasama bagi program seumpama ini akan dapat diteruskan agar agenda perpaduan nasional itu dapat diterjemahkan.
Terdahulu, skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan di temasya Sukan SEA ke-31 terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas 0-1 kepada juara bertahan Vietnam pada aksi penuh dramatik malam tadi