RHB naikkan BR, BLR, BFR mulai 18 Mei ini

0
59
RHB Bank

KUALA LUMPUR – Kumpulan Perbankan RHB akan melaras naik kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas/pembiayaan asas (BLR/BFR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 18 Mei ini susulan pengumuman peningkatan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia hari ini.

Kumpulan perbankan itu berkata, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd akan menaik kadar asas mereka daripada 2.50 peratus kepada 2.75 peratus setahun dan juga melaras naik BLR/BFR daripada 5.45 peratus kepada 5.70 peratus setahun.

“Sejajar dengan pelarasan itu, kadar deposit tetap RHB Bank dan RHB Islamic Bank juga akan dinaikkan berkuat kuasa pada tarikh yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here