RON 97 naik 37 sen kepada RM4.70

0
16
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter kepada RM4.70 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 26 Mei hingga 1 Jun.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga bagi petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15, meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here