Sempena minggu terakhir Syawal, Malakat Grocer tawar ikan, udang dan sotong pada harga RM1 seekor 

0
12
Orang ramai sedang memilih ikan, udang dan sotong sempena promosi RM 1 yang sedang dijalankan sehingga hari Ahad ini di Malakat Grocer

CYBERJAYA – Pasar raya Malakat Grocer menawarkan promosi istimewa untuk ikan, udang dan sotong dengan harga jualan serendah RM1 mulai hari ini sehingga Ahad minggu ini.

Menurut salah seorang pekerja Malakat Grocer, Amirul Shafiq, tujuan promosi itu dijalankan adalah untuk memberikan alternatif kepada pengguna membeli makanan laut susulan bekalan ayam yang sukar diperoleh ketika ini.

“Kami cuba untuk bantu pengguna dengan memberikan harga promosi bagi makanan laut sebab bekalan ayam yang tidak mencukupi ketika ini

“Sebelum ini kami hanya buat promosi selama satu hari tapi kali ini promosi ini dijalankan sampai hari Ahad ini sempena minggu terakhir bulan Syawal,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Dalam pada itu, menurut salah seorang pelanggan, Norazwa Norhisham, dia kerap berbelanja di pasar raya itu sering membuat promosi untuk pelanggannya.

“Dekat sini memang selalu buat promosi terutamanya untuk ikan dan untuk promosi kali ini mereka tambah udang dan sotong,” katanya.

Dia yang juga merupakan pelanggan tetap Malakat Grocer berkata, sukar untuk menjumpai mana-mana pasar raya yang melakukan promosi seperti itu di sini.

Sementara itu, menurut seorang pelanggan lain, Siti Zubaidah Isa, promosi yang dilakukan itu juga dapat membantu orang ramai untuk menyediakan juadah rumah terbuka Aidilfitri.

Salah seorang pelanggan, Siti Zubaidah Isa, 30

“Sekarang ini kan musim perayaan, jadi orang ramai akan masak untuk keluarga mereka dan ikan dijual di Malakat Grocer itu juga adalah ikan segar,” katanya.

Sementara itu, dia juga berharap agar Malakat Mall akan terus membuat promosi seperti ini di masa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here