Sewa berpatutan, Malakat Mall sangat membantu usahawan kecil berniaga – Peniaga kecil 

0
26
Peniaga kecil menyusun barangan kosmetik di Malakat Mall

CYBERJAYA – “Malakat Mall banyak membantu kami sebagai peniaga kecil dari sudut sewa yang murah dan fasiliti yang selesa untuk digunakan setiap hari,” jelas Azilah Jalal, salah seorang peniaga kecil yang berniaga di sini.

Dia yang sudah bertapak lebih setahun di Malakat Mall memberitahu, pihak pusat beli belah itu sangat mengalu-alukan kedatangan peniaga-peniaga kecil untuk bersama berniaga di sini.

“Sepanjang berniaga di sini saya berasa terkejut apabila proses perniagaan yang saya jalankan di sini berlaku dengan mudah tanpa sebarang masalah.

“Sebelum ini saya berniaga di Melawati Mall dan Aeon Mall tapi saya berasa tertarik untuk berniaga di sini kerana sewa yang berpatutan.

“Peniaga-peniaga di luar sana yang mahu berniaga boleh datang sendiri ke sini dan akan tahu sendiri keistimewaan berniaga di sini,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini

Dalam pada itu, seorang lagi peniaga yang berasal dari Langkawi, Nur Adilah berkata, dia menyukai akan konsep perniagaan yang digunakan di Malakat Mall iaitu memberikan peluang kepada peniaga kecil untuk membuka gerai di pusat beli belah.

Peniaga kecil melayan pelanggan di Malakat Mall.

“Saya berniaga di sini sudah lebih setahun dan Alhamdulillah jualan di sini memberangsangkan, kebanyakkan pelanggan pula datang dari sekitar kawasan Cyberjaya dan Putrajaya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kempen Buy Muslim First (BMF), dia berkata sokongan daripada orang ramai sangat penting kerana bukan sahaja dapat meningkat ekonomi orang Islam malah peniaga kecil di sini juga akan berkembang dan seterusnya boleh membuka kedai sendiri seterusnya memberikan peluang pekerjaaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here