Shafie dakwa Muhyiddin mahu jadi PM sekali lagi

0
116
Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggilnya untuk mendapatkan sokongan sebagai Perdana Menteri semula.

Menurut bekas Ketua Menteri Sabah itu, Muhyiddin mendakwa telah mendapat sokongan 119 daripada 222 Ahli Parlimen.

Malah dakwanya, Muhyiddin turut mendakwa mendapat sokongan daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya kata kepada dia, jika ada nombor yang mencukupi, teruskan. Saya tidak akan ikut kamu,” katanya memetika laporan The Star hari ini.

Datuk Seri Shafie Apdal

Dalam pada itu, Shafie juga gabungan antara parti yang berlaku sekarang tidak menjanjikan kestabilan dan membawa ke arah krisis kepimpinan.

“Gabungan ini bertukar setiap masa, mereka tikam sana sini dan parti berharap keadaan menjadi normal.

“(Sekarang) Zuraida (Datuk Zuraida Kamaruddin) menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Adakah ini kerana Bersatu tidak lagi bersatu dan adakah PBM lagi bersatu daripada Bersatu?” soalnya.

Sementara itu, Shafie juga menempelak Bersatu selepas Muhyiddin mengumumkan kerusia Parlimen Ampang milik parti itu selepas Zuraida berundur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here