Suspek cuba larikan budak sekolah ada masalah mental, positif dadah

0
45
Suspek yang berusia lingkungan pertengahan 20-an berjaya ditahan orang awam yang menyaksikan kejadian.

CYBERJAYA – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kejadian cubaan melarikan seorang murid Sekolah Agama Taman Scientex di Johor Bahru, siang tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan pertengahan 20-an itu berjaya ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihaknya, didapati mempunyai masalah mental dan dikehendaki polis berikutan kesalahan dadah.

“Siasatan awal mendapati, mangsa sedang berjalan kaki dari Sekolah Agama Taman Scientex dan suspek telah mempelawa mangsa menumpang motorsikal untuk dihantar balik ke rumah.

“Suspek juga merupakan pemegang kad orang kurang uapaya pesakit mental, dan hasil ujian saringan air kencing mendapari suspek positif dadah jenis methaphetamine,” kata Kamarul Zaman dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau menambah, pihaknya turut merampas sebuah motosikal jenis Honda Dash yang digunakan suspek ketika kejadian.

Jelasnya, kes disiasat dibawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda.

“Polis Johor (ingin) menasihati ibu bapa, penjaga dan pelajar sekolah supaya lebih peka dan prihatin terhadap kejadian sekeliling supaya perkara sebegini tidak berulang lagi,” kata Kamarul Zaman.

Terdahulu, beberapa buah video yang memaparkan sekumpulan orang awam cuba menahan suspek kejadian menjadi tular di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here