Suspek pandu MPV secara berbahaya ditahan

0
71

CYBERJAYA – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki yang didakwa memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) secara berbahaya di Kilometer (KM) 25.1 hingga KM 27.5 Lebuhraya Karak menghala ke Genting Sempah, Pahang, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan di perkarangan Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada pukul 2 petang.

Pemandu itu telah dibawa menjalani ujian air kencing di Bahagian Narkotik IPD Gombak dan hasil ujian adalah negatif.

“Suspek juga dibawa ke Hospital Selayang untuk diambil sampel darah bagi tujuan ujian alkohol,” kata Zainal Mohamed dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pemandu terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang bagi mendapat perintah reman bagi disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Semalam, satu klip video yang memaparkan sebuah kenderaan MPV yang dilihat cuba memotong barisan secara berbahaya, menjadi tular di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here