
KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak melepaskan peluang beriadah bersama keluarga sempena cuti Hari Wesak hari ini di Taman Tasik Titiwangsa di sini.
Tinjauan Malakat Tribune mendapati, rata-rata pengunjung merupakan penduduk tetap Kuala Lumpur dan mengambil peluang berehat bersama keluarga.
Menurut salah seorang pengunjung, Mahmud Alias, 45, dia yang datang bersama keluarganya berasa seronok kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga bagi melakukan aktiviti riadah di tepi tasik.
“Dekat sini selesa sebab pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tandas, surau serta pemandangan dekat sini pun cantik sebab boleh nampak KLCC,” katanya.
Dalam pada itu, orang ramai juga yang berkunjung ke tasik itu juga boleh menyewa basikal yang disediakan di luar kawasan tasik berkenaan dengan kadar sewa serendah RM10 setiap satu jam.

Selain itu, bagi kanak-kanak juga boleh bermain di taman permainan air yang disediakan di dalam kawasan tersebut secara percuma.

Bagi mereka yang berasa lapar dan dahaga, boleh membeli makanan dan minuman di gerai makanan yang dibuka di bahu jalan sepanjang taman tasik itu.