Tanam ganja: Bekas diplomat dibebaskan daripada reman

0
58
Pokok ganja yang dirampas selepas ditanam di Janda Baik, Pahang

KUALA LUMPUR – Seorang bekas diplomat yang ditahan bersama anak lelakinya kerana didakwa menanam ganja di Janda Baik, Pahang, dibebaskan semalam selepas polis gagal mendapatkan reman kali kedua daripada Mahkamah Majistret Bentong.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan polis memohon reman kedua selama tujuh hari, namun tidak dibenarkan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim selepas beliau berpuas hati, antara lain tiada bukti untuk mengaitkan individu berkenaan dengan apa-apa kesalahan, memetik laporan Harian Metro hari ini.

Bekas diplomat berkenaan, yang juga bekas Duta Malaysia ke Indonesia ditahan pada 21 Mei lalu dan direman selama tujuh hari.

Sebelum ini media melaporkan, seorang bekas diplomat Malaysia berstatus Datuk diberkas polis selepas disyaki menanam dan memiliki ladang pokok ganja membabitkan hampir 100 batang pokok terlarang itu.

Dia direman sehingga 28 Mei dan disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 6B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here