Tiada produk boleh ganti rawatan insulin – KKM 

0
31
Gambar palsu yang tular memaparkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sedang memegang produk kesihatan.

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan gambar yang tular memaparkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sedang memegang produk yang dikatakan boleh menggantikan insulin adalah palsu.

KKM dalam satu kenyataan hari ini berkata, tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat Diabetes seperti didakwa oleh laman Facebook “Ainalienshop-TW”.

“Gambar yang digunakan untuk mempromosikan produk berkenaan juga palsu dan merupakan gambar yang telah diubahsuai,” katanya.

Dalam pada itu, KKM juga menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyatan yang tidak diketahui kesahihannya.

“Pengusaha atau pemilik produk itu juga perlu lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan serta mengelirukan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi KKM

Terdahulu tular satu gambar yang memaparkan Khairy Jamaluddin sedang memegang produk bersama kapsyen “Khairy mendedahkan rahsia untuk sembuh dari penyakit diabetes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here