TMJ cabar Sanusi dedah siapa ‘tokong’ kawal Liga Malaysia

0
33
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

CYBERJAYA – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk mendedahkan nama individu tertentu yang didakwa mengawal perjalanan liga bola sepak negara.

Menurut pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menerusi laman Twitter miliknya hari ini, menggesa Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah, mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan itu.

“Dia cakap pasal siapa? Sebut nama. Ceritakan segalanya, ini cakap main sembur badut McDonald pun boleh.

“Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam, terus buat cerita sensasi nak naikkan ‘rating’. Sikap tipikal ahli politik,” tulis TMJ menerusi ciapan tersebut.

Sabtu lalu, Muhammad Sanusi menaikkan suhu bolas sepak negara apabila mendakwa terdapat ‘tokong’ yang mengawal bola sepak negara.

Tangkap layar kenyataan yang dimuatnaik oleh Tunku Mahkota Johor hari ini

Beliau mendakwa, semua mata kini tertumpu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berikutan terdapat beberapa kejadian yang didakwa sangat pelik pernah berlaku dalam arena bola sepak tanah air.

Meskipun tidak menyebut mana-mana nama, peminat boleh sepak negara mengaitakan tuduhan itu ditujukan kepada pemilik pasukan Harimau Selatan itu.

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Ia selepas tercetus kontroversi tambahan masa kecederaan selama 10 minit yang diberikan pengadil sewaktu berlangsung perlawanan antara Negeri Sembilan dan JDT di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here