Top Glove didenda RM50,000, tanggal meter Air Selangor

0
59
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Mahkamah Sesyen Klang hari ini mengarahkan syarikat pengeluar sarung tangan, Top Glove Sdn Bhd membayar denda sebanyak RM50,000 atas dua pertuduhan berkaitan kesalahan mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Perundangan Subsidiari Akta.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, bagi kesalahan pertama kerana menggunakan peranti iaitu ‘Electromagnetic Flowmeter’ yang tidak menepati standard, syarikat itu dikenakan denda sebanyal RM30,000

Manakala satu lagi kesalahan adalah menanggalkan meter yang dipasang oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) tanpa kebenaran dengan nilai denda RM20,000.

Kesalahan berkenaan didapati dilakukan pada 28 Mei 2019 di premis di Jalan Teratai, Batu 5, off Jalan Meru, Kapar.

Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Rohatul Akmar Abdullah selepas mengambil kira penghujahan pegawai Pendakwa SPAN, Suhaidariah Ahmad dan mitigasi daripada peguam bela OKS, Mohd Khairul Azri Mohd Badroldin.

OKS diwakili Pengurus Pembuatan syarikat, Foong Hua Yeang Anthony.

Menurut kenyataan itu lagi, jika sabit kesalahan, OKS boleh dihukum penjara tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya

OKS juga didakwa mengikut Subkaedah 73(3) Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) 2014 iaitu seseorang yang menanggalkan meter yang dipasang oleh pemegang lesen pengagihan air tanpa kebenaran, melakukan suatu kesalahan, dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum di bawah subkaedah yang sama iaitu didenda tidak melebihi RM25,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya,” tulis kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here